Wednesday 15 July 2015

Goodies Raya!

Salam.
Entri kali ni lain dari yang lain sikit. Kali ni nak cerita tentang minat dan "passion" aku dalam "baking".
Sejak dulu lagi memang suka baking, buat kek, buat biskut, puding etc. Sejak study dulu pun selalu juga ambil order kawan2 yang nak kek coklat, puding karamel dll. ( Dapur dan segala macam keperluan memang ada sebab duduk kat rumah k.yah ).
Sekarang pun sama malah minat membaking semakin menjadi-menjadi pula..
Mungkin sebab sekarang dah ada rumah sendiri, dah ada ruang dapur sendiri dan lebih penting, dah ada ongkos untuk beli apa2 yang dihajati untuk support minat tu...bolehlah beli oven, beli segala macam peralatan baking yang comel2. Tambah pulak ada sokongan moral yang tidak berbelah bagi daripada En. Abdullah Mukhlis. TQ yer...
Baru2 ni dapat order yang tak pernah buat pun sebelum ni. Order untuk siapkan goodies raya, kuantitinya 100 pcs.
Huhhh..terfikir juga pada mula nya...boleh ke ni aku nak buat sampai 100 pcs. Larat ke..ada masa ke..sanggup ke..time tu langsung tak fikir pasal keuntungan atau berapa banyak dapat. Hanya fikir...ini satu peluang dan juga cabaran...apa kata just try..you can do it Mieah..
So, bermulalah strategi, menggogle jer siang dan malam, cari resepi yang best, cari packaging goodies yang cantik, tengok berapa banyak bahan yang nak digunakan, tengok kat mana boleh dapat bahan2 tu, compare harga bahan dan alat2 lain yang nak guna dan macam2 lagi. Proses tu yang menyeronokkan.
Cadangan asal nak buat je Peanut Butter Choc Bar, resepi dapat dari Google je...dah kira last minit juga tukar plan nak buat cup cakes, bukan sekadar cup cakes but its speacialty choc moist cup cakes with butter cream on top...hehe..
Resepi cup cakes tu pakai resepi biasa buat kek coklat aje..tapi perlu study lagi untuk part nak buat butter cream. Hasil carian google memang banyak tapi perlu berhati2 dan selalu kena buat comparison, ada yang guna bahan ni tak guna bahan ni..kos efektif..senang nak buat etc. Allah mudahkan urusan aku bila last2 jumpa satu resepi butter cream dari satu oversea website, siap video lagi. Dah study ingredient, dah study step...apa lagi petang tu juga terus try. Yessss! Berjaya! Inilah rupa butter cream yang aku nak..
Sampai part packaging tu, bila dah namanya goodies raya, agak2 kenalah ada personalize sticker sikit..so teringat Yo pernah buat sticker ni..wassap Yo dan citer sikit2..terus jer minta bagi wording, tanya nak bila n so on. Tak lama pun, esoknya terus bagi tunjuk design sticker. Done with the tag.
Dipendekkan cerita, malam Selasa tu bertungkus lumuslah menyiapkan semua tempahan tu, penat letak tepi, tidur pun berapa jam saja. Disebabkan takde pengalaman buat banyak kuantiti, so tak berapa pandai lagi nak plan masa. Lepas ni kena lebih teliti bab nak uruskan masa dengan lebih smart lagi.
Apa pun, at last semua siap dan bagi aku ia amat sempurna! What to expect for the first timer cam aku ni..haha..
Terima kasihlah pada regular customer aku ni. Dia percayakan kebolehan aku, dia alert pada minat dan usaha aku, dia sengaja mencipta ruang pada aku untuk buat bisnes ni (walaupun hanya part time dan suka2 saja). Yang penting nya dia memang seorang yang sangat pemurah, sentiasa mencari2 peluang untuk dia express penghargaan dia pada anak2 buah dia. Walaupun nampak ringkas, aku percaya ini sudah cukup membuatkan semua rasa dihargai.
Terima kasih, tuan.
Proses 1 : Siapkan cup cakes
Proses 2 : Paipkan butter cream. Ini proses paling best !

Proses 3 : Hiaskan dengan Heart shape sugar deco.

Inilah hasil nya. Full packaging. Terima kasih kepada En. Asrul untuk gambar yang cantik ini.
Sudah jadi gambar prop untuk iklan Cold Brew Yokt Coffee & Co. Terima kasih kepada En. Shahrul Nizam a.k.a Yo untuk gambar ini.
Taaa..daaa... Hasil first timer yang tidak mengecewakan. Photo credit to En. Asrul again.

Wednesday 8 July 2015

Frog Classroom

Alhamdulillah..
Telah hampir 3 minggu kami menerima Frog Classroom yang diimpikan selama ini.
Secara peribadi, aku anggap ia satu kejayaan dan rezeki. Rezeki yang tidak diduga. Ibarat semua usaha yang kita lakukan dengan ikhlas tanpa mengharapkan balasan seolah-olah  menarik rezeki kepada kita.
Terima kasih kepada En.Fitri Shukri, IC Frogasia yang telah sudi mencalonkan sekolah kami untuk projek classroom makeover ini. Terima kasih juga kepada Mr. Alex Au Yong yang juga bersama-sama bersetuju membawa proposal aku kepada Datin Kathleen, YTL Foundation.
Lebih manis lagi dengan kehadiran Tuan Pengetua, Tuan Haji Arbain yang pada pandangan aku mempunyai karisma yang tersendiri sebagai pemimpin organisasi.
Alhamdulillah, segala-segalanya dipermudahkan oleh Allah swt bermula kerja-kerja makeover sehinggalah kepada majlis penyerahan oleh pihak YTL pada 15 Jun yang lalu. http://smktanjongsepat.blogspot.com/2015/06/majlis-penyerahan-frog-classroom-oleh.html

Seperti kata Tuan Pengetua;

"Nampak tak Allah banyak tolong kita..."

Sekali lagi, syukur.


Friday 20 February 2015

2014; Tahun gemilang!


Alhamdulillah, tahun 2014 memberikan kenangan cukup manis sepanjang kerjaya sebagai guru. 
Anugerah Guru Inovatif Individu Sekolah Menengah Daerah Kuala Langat 2014 diterima sempena Sambutan Hari Guru pada bulan Mei 2014.



Sijil dan Plak yang diterima
Terkini, apabila diumumkan sebagai Johan Anugerah Pengurusan Makmal Komputer Sekolah Cemerlang (Sekolah Menengah) dalam Majlis Anugerah Teknopen Negeri Selangor 2014 yang telah diadakan pada 12 Februari 2015 yang lalu.

Sijil dan Plak yang diterima

Kejayaan berganda. Tahun gemilang 2014.

Semoga kejayaan ini menjadi sebahagian rentetan kejayaan-kejayaan kecil yang akan melakarkan kejayaan yang lebih besar pada masa akan datang.

Semoga kejayaan ini bukan sahaja menjadi pencetus dan pendorong semangat kepada diriku, malah ia juga akan turut menjadi pencetus dan pendorong semangat kepada rakan rakan di sekelilingku, kepada semua warga guru. Semoga ia menjadi manifestasi komitmen dan semangat para guru untuk terus memartabatkan profesion keguruan ini.

Teruskan menyumbang untuk profesion ini. Teruskan budaya berfikir kreatif dan inovatif.
Sekali lagi, syukur alhamdulillah!





Saturday 14 February 2015

Kejayaan paling manis untuk dikenang!


Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah. 
Akhirnya kemenangan berpihak kepada kami. Kejayaan organisasi. Kejayaan paling manis untuk semua.

Anugerah Pengurusan Makmal Komputer Sekolah Cemerlang Negeri Selangor Tahun 2014. Majlis Anugerah Kecemerlangan Teknologi Pendidikan Negeri Selangor 2014.

Sungguh, amat besar pengiktirafan ini buat kami. Dalam keadaan serba kekurangan, kami telah membuktikan bahawa kekurangan itu bukanlah penghalang kejayaan. Kami terus bergerak seiringan dengan memegang kata-kata mantan Tuan Pengarah Pendidikan Selangor, Tuan Haji Mahmud Karim, 'gayakan apa yang ada'.

Sekolah ni sebenarnya tidak ada perjawatan Juruteknik Komputer (FT17). Segala-galanya diuruskan sendiri oleh Penyelaras ICT merangkap Penyelaras Makmal Komputer dengan bantuan rakan-rakan AJK Makmal Komputer. Perjawatan FT17 tidak diluluskan di sekolah ini kerana sekolah ini tidak mempunyai Pusat Akses Sekolah. Secara tidak langsung, menyebabkan permohonan aku sebanyak 2 kali dalam masa 8 tahun ini untuk jawatan Guru Penyelaras Bestari (GPB)  juga ditolak oleh Jabatan Pendidikan Selangor. Maka, rutin diteruskan. Gayakan apa yang ada!

Bukan tak pernah give up dengan makmal ni, bukan tidak pernah letih dengan segala macam perkara, bukan tidak pernah diuji dengan pelbagai cabaran dan halangan. 

Pengalaman 2 kali ke Balai Polis Tanjong Sepat membuat repot polis kerana kejadian pecah masuk dan kehilangan komputer makmal benar-benar mematangkan aku. Banyak cabaran yang rupanya menjadi sebahagian daripada manisnya kejayaan pada hari ini. 

Yang pasti, semangat yang tidak pernah luntur, keinginan yang tidak pernah padam, kritikan yang selalunya dijadikan cabaran menguatkan aku. Berbanyak terima kasih kepada pihak PKG Batu Laut terutamanya kepada Pn. Farihah, En. Syahrizal dan En. Syukrie yang begitu yakin dengan kemampuan kami. 

Kejayaan ini bukanlah kejayaan peribadi. Ia kejayaan organisasi. Kejayaan bersama. Secara peribadi, sekolah ini masih aku anggap terpencil, terasing dan seolah terpinggir daripada kelompok sekolah-sekolah di dalam daerah Kuala Langat ini. Mungkin dari segi lokasinya juga jauh ke selatan, berjiran dengan daerah Sepang. Namun, harapan aku ialah kemenangan ini dapat membuka mata banyak pihak yang mungkin sebelum ini memandang rendah kemampuan kami. Kami tidak dikenali, kami mungkin tidak digeruni kerana pencapaian akademik yang agak rendah, kami mungkin dikutuk dan di tohmah dengan masalah disiplin yang teruk, tetapi kami masih punya harga diri, kami punya semangat tinggi, kami berdiri dengan bersatunya hati. Semoga Allah swt juga merahmati segala usaha kami, segala tindakan kami untuk organisasi kami ini. 

Sekali lagi, aku ingin dedikasikan kejayaan manis ini untuk Tuan Pengetua, Tuan Haji Arbain bin Pinni. Ini sentuhan beliau yang pertama sebaik tiba di sekolah ini. Alhamdulillah, sentuhan pertama beliau dan kombinasi kerjasama yang baik telah membuahkan hasil luar jangkaan. Semoga Tuan Haji dapat 'berlama-lama' di sekolah ini, terus mewarnai hari-hari kami yang semakin ceria.

Juga buat rakan-rakan guru di SMK Tanjong Sepat yang terlibat secara langsung dalam agenda ini, Mazia, Azliah, Anita, Suhaira, Wan Azimi, Kak Suhaili, Kak Paseha, Kak Mahanum, Kak Bibah dan semua rakan-rakan lain yang juga turut sama menyumbang kepada kejayaan ini. Kesudian kalian memberikan kerjasama yang baik dalam semua aktiviti berkaitan ICT dan Frog VLE membawa kepada kejayaan ini. Ia kejayaan bersama. Kejayaan yang paling manis untuk dikenang.

* Rujuk post terdahulu : http://adminmejacikgu.blogspot.com/2014/11/real-leader.html
                                     : http://smktanjongsepat.blogspot.com/2015/02/majlis-anugerah- kecemerlangan-teknologi.html


Kejayaan paling manis untuk semua!






Friday 6 February 2015

Suspen pula!


Surat yang ditunggu-tunggu sudah sampai ke sekolah petang smlm. Suspen pula menantikan keputusannya!

Friday 16 January 2015

Catatan Usaha Pembudayaan ICT


Catatan Usaha Pembudayaan ICT oleh Tuan Pengetua di SMK Tanjong Sepat Tahun 2015 
[Catatan peribadi penulis sebagai GPICT di SMK Tanjong Sepat]


1. 12 November 2014 :
Mewujudkan group rasmi sekolah menggunakan aplikasi Telegram. SMKTS'S Official Group yang berfungsi sebagai medium komunikasi utama semua pentadbir dan guru-guru SMK Tanjong Sepat.
(Tindakan : GPICT sebagai Admin group)

2. 12 November 2014 :
Mewujudkan senarai contact PPP dan AKP dalam emel rasmi sekolah dengan menggunakan emel yes.my. Semua surat-menyurat rasmi yang diterima daripada emel rasmi sekolah akan terus difowardkan kepada pegawai meja terlibat dengan menggunakan emel yes.my masing-masing. (Tindakan : GPICT dan Admin VLE Frog). Menggalakkan log in guru-guru ke VLE Frog masing-masing.

3. 25 Disember 2014 :
Meluluskan penerbitan E-Book Pengurusan & Takwim 2015 secara digital dan dimuatnaik ke VLE Frog Sekolah. Menghadkan penerbitan Manual Pengurusan & Takwim 2015 sebanyak 20 buah sahaja. Langkah proaktif mengurangkan penggunaan kertas sekaligus menjimatkan kos. Meningkatkan hit masuk ke Frog VLE. (Tindakan : Admin VLE Frog)

4. Mencetuskan idea program 'Leaps@TgS' yang mengambil inspirasi konferen Leaps of Knowledge anjuran Frogasia pada November 2014. Memberikan paradigma baharu kepada semua guru yang hadir pada program tersebut pada 29 Disember 2014.http://smktanjongsepat.blogspot.com/2015/01/leapstgs.html

5. Memperkenalkan budaya kerja bersistematik dan berstruktur melalui perbincangan-perbincangan jawatankuasa kecil yang dinamakan 'TaskForce Group'. Alat utama perhubungan berkesan ialah melalui penggunaan Telegram.

6. Mengaplikasikan ICT dalam semua aspek pentadbiran dan urusan sekolah. Contoh: Menyediakan sendiri bahan-bahan power point untuk semua pembentangan.

7. Januari 2015 :
Memperkenalkan penggunaan LCD TV sebagai paparan sebagai kiosk maklumat di sekolah. Sebagai permulaan, sebuah LCD TV  telah berfungsi di pejabat sekolah sebagai saluran paparan maklumat sekolah. Bahan-bahan maklumat ini disediakan sendiri oleh Tuan Pengetua.

8. Januari 2015 :
Menyokong usaha untuk memperkenalkan penggunaan kad staf SMKTS. Kad Staf ini mengandungi maklumat penting staf seperti alamat url frog sekolah, Yes ID, emel sekolah selain daripada maklumat asas guru.

9. Januari 2015 :
Sangat komited untuk memastikan capaian Internet di sekitar sekolah sentiasa baik. Langkah diambil untuk menggunakan semula kemudahan switch fiber optic sedia ada untuk menambah rangkaian tanpa wayar di seluruh kawasan sekolah.

10. ---akan dikemaskini dari semasa ke semasa---



Friday 9 January 2015

Cuti hanya pada kertas...


9/1/2015
Hari ini baru terasa sakit-sakit badan, sakit belakang, lenguh...nak pusingkan kepala pun macam susah je. Bila diingat semula, memang aku tak berhenti-henti kerja sejak bermula cuti akhir tahun hari tu. Nama saja cuti, seingat aku, minggu pertama cuti, aku ke konferen Leaps of Knowledge di Majestic Hotel. Minggu berikutnya, terus dipanggil oleh Tuan Pengetua dan dimaklumkan tentang cadangan program mesyuarat guru. 

Minggu seterusnya, gerak kerja bermula untuk program tersebut...hari-hari seterusnya sangat fokus untuk merencana dan merancang program mesyuarat guru pertama yang ketika itu belum ada nama. Sehinggalah keakhirnya, muktamad, Mesyuarat Guru Kali 1/2015 akan dikenali dengan nama Leaps@TgS! Sangat sibuk menyiapkan keperluan untuk program dan pada masa yang sama perlu juga siapkan Ebook Pengurusan & Takwim 2015 menggunakan site FROG VLE!

E-Book Pengurusan & Takwim 2015 Frog VLE

Alhamdulillah, Allah berikan kekuatan fizikal dan mental untuk berusaha sebaiknya menyiapkan tugasan yang diberi.

29/12/2014, selesai juga program Leaps@TgS. Belum sempat menarik nafas panjang, timbul pula idea Projek Bantuan Banjir 'Back to School'. Walaupun tidak pernah 'DIWAJIBKAN' untuk turut serta, seakan ada dorongan dan semangat yang sangat kuat untuk terus melibatkan diri. Untuk terus menggali pengalaman dan ilmu baru daripada Tn. Hj. Arbain. Lagipun, memanglah aku ni jenis yang tak boleh duduk diam je...janggal sungguh rasa!


Hari-hari 'cuti tambahan' yang diberikan, dipenuhi dengan tugasan baru....kerja sukarela untuk menyiapkan pek-pek persediaan ke sekolah untuk disumbangkan kepada anak-anak mangsa banjir di Kelantan. Sangat penat, sangat letih, bergegas balik lewat petang kejar ambil anak-anak di taska, tapi tak kisah pun. Seronok. Enjoy. Puas. Sempat buat kek lagi hari MPSM datang! Bak kata Cikgu Sudarman.."Rabeah ni dia sibuk pergi beli plastik, sibuk packing, sempat lagi buat kek"....hehehe. Buat kek tu terapi minda!

Hari lori datang ambil barang-barang, terasa sayu walau tugasan telah selesai. 

Ingat dapat rehat bila baki cuti cuma ada 4 hari (+weekend)..rupanya tak!! Kali ni lagi mencabar. Tugasan menyiapkan kad staf yang telah dicadangkan kepada Tuan Pengetua tempohari. Oh! mencabar sungguh!! Siapkan 70++ kad staff yang individually perlu edit...dah macam kerja designer kat kedai printing! Satu malam tu sampai tidur 2 jam lebih saja. Sangat fokus. Dapat siap 30 kad. Hantar printing. Esoknya siap 30 kad lagi, hantar kedai. Sekarang masih ada baki 15++ kad lagi. Mencabar!! Sakit belakang paling tak tahan. Mengadap PC dalam tempoh masa yang lama.

Tapi, kisah ni bukan nak cerita pasal kerja tu pun, bukan nak mengeluh, bukan nak mengungkit banyak kerja. Kisah ini hanya untuk menceritakan betapa 'multitasking'nya kerja seorang guru, seorang cikgu, seorang pendidik. 

Ketika cerita ini ditulis pun, masih banyak yang belum selesai. Tugasan baru dan tugasan lama. Esok dan lusa, tinggal 2 hari saja. Kena fokus pada prioriti, buat masa ini, prioritinya ialah Buku Rekod Mengajar!

Selamat mulakan Sesi 2015 kepada semua guru!!