Saturday 29 November 2014

~Real Leader~


Penilaian Makmal Komputer Sekolah Cemerlang
Anugerah Kecemerlangan Teknologi Pendidikan BTPN Selangor 2014
Sungguh, Allah swt takdirkan dia hadir pada masa yang sangat tepat.
Seolah terpaku dengan segala gerak, segala tunjuk ajar, segala arahan.
19/11..
Pihak PKG hadir untuk melihat persediaan yang telah dibuat sebelum menerima kehadiran pegawai penilai pada 21/11. Setelah beberapa lama berbual, mereka minta izin untuk bertemu dengan Tuan Pengetua yang baru melapor diri disini.
Lantas membawa mereka mengadap bos baru. Sesi perkenalan dan perbincangan bermula diselangi dengan hilai gelak tawa dengan keramahan tuan pengetua. En. Shahrizal, pegawai PKG memaklumkan tentang pencalonan sekolah sebagai wakil bagi daerah Kuala Langat dalam Anugerah Kecemerlangan Teknologi Pendidikan BTPN Selangor.
" Rabeah, awak nak menang ke nak kalah? "
Itu reaksi pertama pengetua sejurus selepas itu.
" Mestilah nak menang, tuan!"
" Kenapa nak menang?"
" Sebab saya dah banyak usaha untuk Makmal Komputer ni..bla..bla..bla..
" ooo..itu kejayaan peribadi..awak nak capai kejayaan peribadi atau kejayaan organisasi? "
Alamak!
Kenapa pula? Salah ke kalau nak menang!
Banyak yang dirungkaikan dalam sesi yang singkat tapi penuh inspirasi dan kata-kata motivasi tuan pengetua.
Sebaik sahaja pegawai PKG pulang, Tuan Pengetua meminta aku memberikan nama nama guru yg terlibat dgn ICt dan Makmal Komputer. Satu mesyuarat tergempar akan diadakan esok. 8 pagi, sharp!

20/11..
Tepat 8 pagi, semua guru yang disenaraikan telah bersedia untuk satu mesyuarat ringkas.
Kami hanya punyai kurang 12 jam sebelum penilaian dibuat.
Satu gerak kerja yang amat sistematik diputuskan dalam mesyuarat tersebut dan sehingga jam 9.00 pagi, kami bersurai dengan masing-masing sudah mempunyai tugasan yang tersendiri.
Selepas sarapan pagi, kami memulakan kerja di Makmal Komputer dengan mengikuti setiap perincian yang telah dibuat. Tidak lama kemudian, aku agak terkejut dengan kehadiran Tuan Pengetua yang datang dan turut bersama-sama kami menyelesaikan tugasan tersebut. Hasilnya, satu fail pengurusan makmal komputer selesai diperiksa oleh beliau tanpa meninggalkan satu helaian pun!
Aku kagum.
Lantas arahan diberi.
" Saya draf ni, awak nanti taip, lepas tu nanti saya akan isi. okey, boleh buat sekarang,saya bagi 3 minit! "
= hasilnya ialah satu Borang Verifikasi Makmal Komputer =
Kenapalah tak pernah ada orang yang ajar aku buat benda ni sebelum ni....
Aku tergamam lagi. Seolah-olah terlalu banyak yang aku pelajari hari ini, dalam tempoh kurang satu hari.
Tuan Pengetua masih setia bersama sama kami hingga waktu menginjak ke tengahari.
Sebelah petangnya, sebelum pulang jam 5 petang, sekali lagi beliau masuk dan meninjau keadaan di dalam Makmal Komputer.
21/11..
Hari yang ditunggu tunggu tiba.
Malamnya, opppsss..awal pagi, sekitar jam 4 pagi.. aku masih bertungkus lumus menyiapkan persembahan multimedia yang masih belum complete!
Tuan Pengetua menghantar mesej melalui Telegram pada awal pagi itu memaklumkan tentang kehadiran pegawai penilai BTPN ke sekolah.
Moga moga ada kebaikan untuk SMKTS!
Aku sangat bersyukur kerana sokongan ini.
Awal pagi, ketika sibuk bersedia di Makmal Komputer, Tuan Pengetua sekali lagi melawat dan meninjau keadaan. Bertanya khabar, malah turut menguruskan cenderahati untuk diberikan kepada pihak BTPN nanti.
Saat yang ditunggu tiba jua. Kami menerima kehadiran pegawai BTPN dalam keadaan yang sangat harmoni, sangat bersedia malah terasa sangat santai sekali.
Banyak yang dipelajari sepanjang sesi penilaian tersebut dan banyak juga pujian, komen dan panduan yang boleh diambil sebagai panduan masa hadapan.
Tuan Pengetua masih bersama.
Sehingga ke akhirnya, Tuan Pengetua masih bersama-sama kami sepanjang sesi penilaian berlangsung.
Aku sangat bersyukur dengan kehadiran beliau. Aku sangat bersyukur kerana di saat saat yang getir, Allah berikan pertolongan dengan jalan yang tidak disangka-sangka sebelum ini.
Aku akan kenang segala tunjuk ajar beliau.
Semoga beliau sentiasa dirahmati Allah kerana ilmunya, kerana sifat rendah dirinya dan kerana timbang rasa nya. Kurniakanlah syurgaMu yang indah untuk guru ini.
Ketika ini, aku sudah tolak ketepi perihal menang atau kalah, kerana pengalaman ini seolah-olah jauh lebih bermakna.
Terima kasih, tuan!

Tuan Pengetua = Tuan Haji Arbain bin Pinni.


Tuan Hj. Arbain bercerita dengan En. Munir, salah seorang pegawai penilai BTPN Selangor. 

Gambar kenangan semua yang terlibat bersama pegawai penilai BTPN dan wakil PKG.