Friday 20 February 2015

2014; Tahun gemilang!


Alhamdulillah, tahun 2014 memberikan kenangan cukup manis sepanjang kerjaya sebagai guru. 
Anugerah Guru Inovatif Individu Sekolah Menengah Daerah Kuala Langat 2014 diterima sempena Sambutan Hari Guru pada bulan Mei 2014.



Sijil dan Plak yang diterima
Terkini, apabila diumumkan sebagai Johan Anugerah Pengurusan Makmal Komputer Sekolah Cemerlang (Sekolah Menengah) dalam Majlis Anugerah Teknopen Negeri Selangor 2014 yang telah diadakan pada 12 Februari 2015 yang lalu.

Sijil dan Plak yang diterima

Kejayaan berganda. Tahun gemilang 2014.

Semoga kejayaan ini menjadi sebahagian rentetan kejayaan-kejayaan kecil yang akan melakarkan kejayaan yang lebih besar pada masa akan datang.

Semoga kejayaan ini bukan sahaja menjadi pencetus dan pendorong semangat kepada diriku, malah ia juga akan turut menjadi pencetus dan pendorong semangat kepada rakan rakan di sekelilingku, kepada semua warga guru. Semoga ia menjadi manifestasi komitmen dan semangat para guru untuk terus memartabatkan profesion keguruan ini.

Teruskan menyumbang untuk profesion ini. Teruskan budaya berfikir kreatif dan inovatif.
Sekali lagi, syukur alhamdulillah!





Saturday 14 February 2015

Kejayaan paling manis untuk dikenang!


Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah. 
Akhirnya kemenangan berpihak kepada kami. Kejayaan organisasi. Kejayaan paling manis untuk semua.

Anugerah Pengurusan Makmal Komputer Sekolah Cemerlang Negeri Selangor Tahun 2014. Majlis Anugerah Kecemerlangan Teknologi Pendidikan Negeri Selangor 2014.

Sungguh, amat besar pengiktirafan ini buat kami. Dalam keadaan serba kekurangan, kami telah membuktikan bahawa kekurangan itu bukanlah penghalang kejayaan. Kami terus bergerak seiringan dengan memegang kata-kata mantan Tuan Pengarah Pendidikan Selangor, Tuan Haji Mahmud Karim, 'gayakan apa yang ada'.

Sekolah ni sebenarnya tidak ada perjawatan Juruteknik Komputer (FT17). Segala-galanya diuruskan sendiri oleh Penyelaras ICT merangkap Penyelaras Makmal Komputer dengan bantuan rakan-rakan AJK Makmal Komputer. Perjawatan FT17 tidak diluluskan di sekolah ini kerana sekolah ini tidak mempunyai Pusat Akses Sekolah. Secara tidak langsung, menyebabkan permohonan aku sebanyak 2 kali dalam masa 8 tahun ini untuk jawatan Guru Penyelaras Bestari (GPB)  juga ditolak oleh Jabatan Pendidikan Selangor. Maka, rutin diteruskan. Gayakan apa yang ada!

Bukan tak pernah give up dengan makmal ni, bukan tidak pernah letih dengan segala macam perkara, bukan tidak pernah diuji dengan pelbagai cabaran dan halangan. 

Pengalaman 2 kali ke Balai Polis Tanjong Sepat membuat repot polis kerana kejadian pecah masuk dan kehilangan komputer makmal benar-benar mematangkan aku. Banyak cabaran yang rupanya menjadi sebahagian daripada manisnya kejayaan pada hari ini. 

Yang pasti, semangat yang tidak pernah luntur, keinginan yang tidak pernah padam, kritikan yang selalunya dijadikan cabaran menguatkan aku. Berbanyak terima kasih kepada pihak PKG Batu Laut terutamanya kepada Pn. Farihah, En. Syahrizal dan En. Syukrie yang begitu yakin dengan kemampuan kami. 

Kejayaan ini bukanlah kejayaan peribadi. Ia kejayaan organisasi. Kejayaan bersama. Secara peribadi, sekolah ini masih aku anggap terpencil, terasing dan seolah terpinggir daripada kelompok sekolah-sekolah di dalam daerah Kuala Langat ini. Mungkin dari segi lokasinya juga jauh ke selatan, berjiran dengan daerah Sepang. Namun, harapan aku ialah kemenangan ini dapat membuka mata banyak pihak yang mungkin sebelum ini memandang rendah kemampuan kami. Kami tidak dikenali, kami mungkin tidak digeruni kerana pencapaian akademik yang agak rendah, kami mungkin dikutuk dan di tohmah dengan masalah disiplin yang teruk, tetapi kami masih punya harga diri, kami punya semangat tinggi, kami berdiri dengan bersatunya hati. Semoga Allah swt juga merahmati segala usaha kami, segala tindakan kami untuk organisasi kami ini. 

Sekali lagi, aku ingin dedikasikan kejayaan manis ini untuk Tuan Pengetua, Tuan Haji Arbain bin Pinni. Ini sentuhan beliau yang pertama sebaik tiba di sekolah ini. Alhamdulillah, sentuhan pertama beliau dan kombinasi kerjasama yang baik telah membuahkan hasil luar jangkaan. Semoga Tuan Haji dapat 'berlama-lama' di sekolah ini, terus mewarnai hari-hari kami yang semakin ceria.

Juga buat rakan-rakan guru di SMK Tanjong Sepat yang terlibat secara langsung dalam agenda ini, Mazia, Azliah, Anita, Suhaira, Wan Azimi, Kak Suhaili, Kak Paseha, Kak Mahanum, Kak Bibah dan semua rakan-rakan lain yang juga turut sama menyumbang kepada kejayaan ini. Kesudian kalian memberikan kerjasama yang baik dalam semua aktiviti berkaitan ICT dan Frog VLE membawa kepada kejayaan ini. Ia kejayaan bersama. Kejayaan yang paling manis untuk dikenang.

* Rujuk post terdahulu : http://adminmejacikgu.blogspot.com/2014/11/real-leader.html
                                     : http://smktanjongsepat.blogspot.com/2015/02/majlis-anugerah- kecemerlangan-teknologi.html


Kejayaan paling manis untuk semua!






Friday 6 February 2015

Suspen pula!


Surat yang ditunggu-tunggu sudah sampai ke sekolah petang smlm. Suspen pula menantikan keputusannya!