Thursday 25 December 2014

Debaran #Leaps@TgS


1 hari saja lagi menjelang #Leaps@TgS.
Debaran makin terasa. Terbayang segala usaha, komitmen dan segalanya telah diberikan sepenuhnya untuk menjayakan program ini.

Inspiring Changemaker in Education!! We are changemaker!, intipati penting yang diperolehi selepas menghadiri konferen anjuran FrogAsia, Leaps of Knowledge bulan lalu. Itulah inspirasi asal program ini. Idea asal yang telah dicetuskan sendiri oleh Tuan Pengetua, Tuan Haji Arbain bin Pinni.

Sekali lagi, Allah aturkan aku yang terpilih untuk menjadi 'task force' untuk program ini. Alhamdulillah, sekali lagi
berpeluang menggali ilmu dan pengalaman berharga bersama Tuan Pengetua. Walaupun pada awalnya agak keberatan, namun kata-kata semangat dan inspirasi beliau membuatkan aku bersedia menyahut cabaran ini.

Dengan kerjasama yang cukup erat bersama 5 orang guru yang masing-masing turut sama menghadiri konferen di Majestic tempohari, kami diberikan kepercayaan untuk merencanakan dan merancang perjalanan program ini. Kekuatan dan semangat kami datang dari kekuatan dan semangat Tuan Haji Arbain sendiri.

Seperti kata beliau, 'biar genuine'...bukan terpaksa, bukan dibuat-buat, biar datang dari hati. Tidak hairanlah jika kali ini kami benar-benar 'all out', buat sehabis baik..

Semoga Allah permudahkan urusan dan perencanaan kami esok, semoga Allah meredhai segala usaha kami untuk membawa perubahan positif pada persekitaran kami, semoga ada ganjaran yang baik disisi-Nya.

Time to Change!

Tuesday 16 December 2014

#Leaps@TgS


Coming Soon!
***********

Inspired from Leaps of Knowledge Conference : Inspiring Changemakers in Education organized by FrogAsia recently, our school will come out with our own small scale conference Leaps@TgS: 'Time to Change!'.

It will be the biggest surprise to the teachers who will attend this event on December 29, 2014 at Kem Bina Negara Tanjong Rhu, Sepang, Selangor.

It's time to change!

Can't wait for #leaps@TgS

Thursday 11 December 2014

Frog Classroom

Alhamdulillah.
Rezeki lagi.
Kali ini dalam bentuk yang lain pula.
Kami akan mendapat pembiayaan sepenuhnya oleh pihak YTL Foundation untuk projek classroom makeover. Sebuah bilik darjah biasa akan dinaiktaraf sebagai Frog Classroom yang bakal dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti kerusi, meja, peralatan LCD, skrin, air-cond, langsir dan juga kemudahan Internet melalui 1Bestarinet dan Chromebook.
Walaupun masih diperingkat awal, semoga segala perancangan ini berjalan lancar dan semua warga sekolah mendapat manfaat yang besar.

Empowering 21st Century Learning!

Sesi perbincangan antara wakil FrogAsia, En. Mohamad Fitri Mohamad Shukri, YTL Foundation, En. Alex Au Yong, Pengetua SMK Tanjong Sepat, Tuan Hj. Arbain Pinni dan wakil guru, En. Wan Ahmad Azimi Wan Azmin.