Friday 16 January 2015

Catatan Usaha Pembudayaan ICT


Catatan Usaha Pembudayaan ICT oleh Tuan Pengetua di SMK Tanjong Sepat Tahun 2015 
[Catatan peribadi penulis sebagai GPICT di SMK Tanjong Sepat]


1. 12 November 2014 :
Mewujudkan group rasmi sekolah menggunakan aplikasi Telegram. SMKTS'S Official Group yang berfungsi sebagai medium komunikasi utama semua pentadbir dan guru-guru SMK Tanjong Sepat.
(Tindakan : GPICT sebagai Admin group)

2. 12 November 2014 :
Mewujudkan senarai contact PPP dan AKP dalam emel rasmi sekolah dengan menggunakan emel yes.my. Semua surat-menyurat rasmi yang diterima daripada emel rasmi sekolah akan terus difowardkan kepada pegawai meja terlibat dengan menggunakan emel yes.my masing-masing. (Tindakan : GPICT dan Admin VLE Frog). Menggalakkan log in guru-guru ke VLE Frog masing-masing.

3. 25 Disember 2014 :
Meluluskan penerbitan E-Book Pengurusan & Takwim 2015 secara digital dan dimuatnaik ke VLE Frog Sekolah. Menghadkan penerbitan Manual Pengurusan & Takwim 2015 sebanyak 20 buah sahaja. Langkah proaktif mengurangkan penggunaan kertas sekaligus menjimatkan kos. Meningkatkan hit masuk ke Frog VLE. (Tindakan : Admin VLE Frog)

4. Mencetuskan idea program 'Leaps@TgS' yang mengambil inspirasi konferen Leaps of Knowledge anjuran Frogasia pada November 2014. Memberikan paradigma baharu kepada semua guru yang hadir pada program tersebut pada 29 Disember 2014.http://smktanjongsepat.blogspot.com/2015/01/leapstgs.html

5. Memperkenalkan budaya kerja bersistematik dan berstruktur melalui perbincangan-perbincangan jawatankuasa kecil yang dinamakan 'TaskForce Group'. Alat utama perhubungan berkesan ialah melalui penggunaan Telegram.

6. Mengaplikasikan ICT dalam semua aspek pentadbiran dan urusan sekolah. Contoh: Menyediakan sendiri bahan-bahan power point untuk semua pembentangan.

7. Januari 2015 :
Memperkenalkan penggunaan LCD TV sebagai paparan sebagai kiosk maklumat di sekolah. Sebagai permulaan, sebuah LCD TV  telah berfungsi di pejabat sekolah sebagai saluran paparan maklumat sekolah. Bahan-bahan maklumat ini disediakan sendiri oleh Tuan Pengetua.

8. Januari 2015 :
Menyokong usaha untuk memperkenalkan penggunaan kad staf SMKTS. Kad Staf ini mengandungi maklumat penting staf seperti alamat url frog sekolah, Yes ID, emel sekolah selain daripada maklumat asas guru.

9. Januari 2015 :
Sangat komited untuk memastikan capaian Internet di sekitar sekolah sentiasa baik. Langkah diambil untuk menggunakan semula kemudahan switch fiber optic sedia ada untuk menambah rangkaian tanpa wayar di seluruh kawasan sekolah.

10. ---akan dikemaskini dari semasa ke semasa---



Friday 9 January 2015

Cuti hanya pada kertas...


9/1/2015
Hari ini baru terasa sakit-sakit badan, sakit belakang, lenguh...nak pusingkan kepala pun macam susah je. Bila diingat semula, memang aku tak berhenti-henti kerja sejak bermula cuti akhir tahun hari tu. Nama saja cuti, seingat aku, minggu pertama cuti, aku ke konferen Leaps of Knowledge di Majestic Hotel. Minggu berikutnya, terus dipanggil oleh Tuan Pengetua dan dimaklumkan tentang cadangan program mesyuarat guru. 

Minggu seterusnya, gerak kerja bermula untuk program tersebut...hari-hari seterusnya sangat fokus untuk merencana dan merancang program mesyuarat guru pertama yang ketika itu belum ada nama. Sehinggalah keakhirnya, muktamad, Mesyuarat Guru Kali 1/2015 akan dikenali dengan nama Leaps@TgS! Sangat sibuk menyiapkan keperluan untuk program dan pada masa yang sama perlu juga siapkan Ebook Pengurusan & Takwim 2015 menggunakan site FROG VLE!

E-Book Pengurusan & Takwim 2015 Frog VLE

Alhamdulillah, Allah berikan kekuatan fizikal dan mental untuk berusaha sebaiknya menyiapkan tugasan yang diberi.

29/12/2014, selesai juga program Leaps@TgS. Belum sempat menarik nafas panjang, timbul pula idea Projek Bantuan Banjir 'Back to School'. Walaupun tidak pernah 'DIWAJIBKAN' untuk turut serta, seakan ada dorongan dan semangat yang sangat kuat untuk terus melibatkan diri. Untuk terus menggali pengalaman dan ilmu baru daripada Tn. Hj. Arbain. Lagipun, memanglah aku ni jenis yang tak boleh duduk diam je...janggal sungguh rasa!


Hari-hari 'cuti tambahan' yang diberikan, dipenuhi dengan tugasan baru....kerja sukarela untuk menyiapkan pek-pek persediaan ke sekolah untuk disumbangkan kepada anak-anak mangsa banjir di Kelantan. Sangat penat, sangat letih, bergegas balik lewat petang kejar ambil anak-anak di taska, tapi tak kisah pun. Seronok. Enjoy. Puas. Sempat buat kek lagi hari MPSM datang! Bak kata Cikgu Sudarman.."Rabeah ni dia sibuk pergi beli plastik, sibuk packing, sempat lagi buat kek"....hehehe. Buat kek tu terapi minda!

Hari lori datang ambil barang-barang, terasa sayu walau tugasan telah selesai. 

Ingat dapat rehat bila baki cuti cuma ada 4 hari (+weekend)..rupanya tak!! Kali ni lagi mencabar. Tugasan menyiapkan kad staf yang telah dicadangkan kepada Tuan Pengetua tempohari. Oh! mencabar sungguh!! Siapkan 70++ kad staff yang individually perlu edit...dah macam kerja designer kat kedai printing! Satu malam tu sampai tidur 2 jam lebih saja. Sangat fokus. Dapat siap 30 kad. Hantar printing. Esoknya siap 30 kad lagi, hantar kedai. Sekarang masih ada baki 15++ kad lagi. Mencabar!! Sakit belakang paling tak tahan. Mengadap PC dalam tempoh masa yang lama.

Tapi, kisah ni bukan nak cerita pasal kerja tu pun, bukan nak mengeluh, bukan nak mengungkit banyak kerja. Kisah ini hanya untuk menceritakan betapa 'multitasking'nya kerja seorang guru, seorang cikgu, seorang pendidik. 

Ketika cerita ini ditulis pun, masih banyak yang belum selesai. Tugasan baru dan tugasan lama. Esok dan lusa, tinggal 2 hari saja. Kena fokus pada prioriti, buat masa ini, prioritinya ialah Buku Rekod Mengajar!

Selamat mulakan Sesi 2015 kepada semua guru!! 





Wednesday 7 January 2015

Minat menulis semula!

Alhamdulillah, minat menulis telah kembali!

Mungkin kerana sokongan. Mungkin kerana perhatian yang diberikan terhadap tulisan dan ulasan yang dibuat. Mungkin kerana ada dorongan, maka minat itu kembali. Manusia perlukan 'drive', dorongan, 'push' atau apa sahaja yang boleh disamaertikan dengan maksud sedemikian. Maka aku juga begitu. Lama tiada yang menegur, lama tiada yang memberi galakan dan sokongan, lama tiada yang hiraukan 'update' atau tak 'update'. Walau bukan pujian atau ganjaran yang diharapkan, cukuplah sekadar usaha yang sedikit diberi perhatian yang sewajarnya!

Keep on writing, you may inspired others!