Friday 9 January 2015

Cuti hanya pada kertas...


9/1/2015
Hari ini baru terasa sakit-sakit badan, sakit belakang, lenguh...nak pusingkan kepala pun macam susah je. Bila diingat semula, memang aku tak berhenti-henti kerja sejak bermula cuti akhir tahun hari tu. Nama saja cuti, seingat aku, minggu pertama cuti, aku ke konferen Leaps of Knowledge di Majestic Hotel. Minggu berikutnya, terus dipanggil oleh Tuan Pengetua dan dimaklumkan tentang cadangan program mesyuarat guru. 

Minggu seterusnya, gerak kerja bermula untuk program tersebut...hari-hari seterusnya sangat fokus untuk merencana dan merancang program mesyuarat guru pertama yang ketika itu belum ada nama. Sehinggalah keakhirnya, muktamad, Mesyuarat Guru Kali 1/2015 akan dikenali dengan nama Leaps@TgS! Sangat sibuk menyiapkan keperluan untuk program dan pada masa yang sama perlu juga siapkan Ebook Pengurusan & Takwim 2015 menggunakan site FROG VLE!

E-Book Pengurusan & Takwim 2015 Frog VLE

Alhamdulillah, Allah berikan kekuatan fizikal dan mental untuk berusaha sebaiknya menyiapkan tugasan yang diberi.

29/12/2014, selesai juga program Leaps@TgS. Belum sempat menarik nafas panjang, timbul pula idea Projek Bantuan Banjir 'Back to School'. Walaupun tidak pernah 'DIWAJIBKAN' untuk turut serta, seakan ada dorongan dan semangat yang sangat kuat untuk terus melibatkan diri. Untuk terus menggali pengalaman dan ilmu baru daripada Tn. Hj. Arbain. Lagipun, memanglah aku ni jenis yang tak boleh duduk diam je...janggal sungguh rasa!


Hari-hari 'cuti tambahan' yang diberikan, dipenuhi dengan tugasan baru....kerja sukarela untuk menyiapkan pek-pek persediaan ke sekolah untuk disumbangkan kepada anak-anak mangsa banjir di Kelantan. Sangat penat, sangat letih, bergegas balik lewat petang kejar ambil anak-anak di taska, tapi tak kisah pun. Seronok. Enjoy. Puas. Sempat buat kek lagi hari MPSM datang! Bak kata Cikgu Sudarman.."Rabeah ni dia sibuk pergi beli plastik, sibuk packing, sempat lagi buat kek"....hehehe. Buat kek tu terapi minda!

Hari lori datang ambil barang-barang, terasa sayu walau tugasan telah selesai. 

Ingat dapat rehat bila baki cuti cuma ada 4 hari (+weekend)..rupanya tak!! Kali ni lagi mencabar. Tugasan menyiapkan kad staf yang telah dicadangkan kepada Tuan Pengetua tempohari. Oh! mencabar sungguh!! Siapkan 70++ kad staff yang individually perlu edit...dah macam kerja designer kat kedai printing! Satu malam tu sampai tidur 2 jam lebih saja. Sangat fokus. Dapat siap 30 kad. Hantar printing. Esoknya siap 30 kad lagi, hantar kedai. Sekarang masih ada baki 15++ kad lagi. Mencabar!! Sakit belakang paling tak tahan. Mengadap PC dalam tempoh masa yang lama.

Tapi, kisah ni bukan nak cerita pasal kerja tu pun, bukan nak mengeluh, bukan nak mengungkit banyak kerja. Kisah ini hanya untuk menceritakan betapa 'multitasking'nya kerja seorang guru, seorang cikgu, seorang pendidik. 

Ketika cerita ini ditulis pun, masih banyak yang belum selesai. Tugasan baru dan tugasan lama. Esok dan lusa, tinggal 2 hari saja. Kena fokus pada prioriti, buat masa ini, prioritinya ialah Buku Rekod Mengajar!

Selamat mulakan Sesi 2015 kepada semua guru!! 





6 comments:

  1. terbaik....ye dn sy pn sama..dh mula demam dek krn penat... ni sambung spbt plak.... lglh bertambah2... tkper... inshaallah allah akn pmudahkn...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya Azliah...sama lah kita. Doakan semoga kita terus diberikan kesihatan yang baik utk kita terus berusaha melaksanakn amanah ini

      Delete
  2. semoga bawah pimpinan tn hj kita akn lbh cemerlang dn bermotivasi.... hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harap sgt Tuan Pengetua kali ni dpt 'duduk lama' di smkts, supaya kita dapat lebih banyak inspirasi drp beliau. Think out of box!

      Delete